Notis privasi
Privasi anda penting kepada kami
Dikemas kini: 29 November 2026
1. Siapa kami
Automora menyediakan perkhidmatan website dan landing page untuk peniaga kecil di Malaysia. Notis ini menerangkan maklumat yang kami terima melalui website ini dan cara kami menggunakannya, selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.
2. Maklumat yang kami terima
- Mesej WhatsApp. Website ini tiada borang. Bila anda tekan butang WhatsApp, anda dibawa ke aplikasi WhatsApp. Kami menerima apa yang anda hantar di sana, contohnya nama, nombor telefon dan isi mesej.
- Log teknikal server. Seperti kebanyakan website, server kami merekod maklumat asas seperti alamat IP, masa lawatan dan halaman yang dibuka, untuk keselamatan dan menyelesaikan masalah teknikal.
- Tiada cookie pengesanan. Website ini tidak menggunakan cookie pengiklanan atau alat analitik.
3. Tujuan
- Membalas pertanyaan anda dan memberi maklumat tentang perkhidmatan kami.
- Menyediakan perkhidmatan yang anda minta.
- Menjaga keselamatan website.
4. Perkongsian
Kami tidak menjual atau menyewakan maklumat anda. Perbualan WhatsApp dikendalikan oleh WhatsApp (Meta) dan tertakluk kepada dasar privasi WhatsApp.
5. Tempoh simpanan
Kami menyimpan maklumat anda selagi perlu untuk tujuan di atas, kemudian memadamnya.
6. Hak anda
Anda boleh meminta untuk melihat, membetulkan atau memadam maklumat peribadi anda yang ada pada kami. Hubungi kami melalui WhatsApp.
7. Perubahan
Notis ini mungkin dikemas kini dari semasa ke semasa. Tarikh kemas kini terkini dinyatakan di bahagian atas halaman ini.
Hubungi kami
WhatsApp: 016-348 8170